-PERANCANGAN SUMBER MANUSIA
- Syarikat kami mempunyai sumber manusia yang terdiri daripada pengerusi,penolong pengurusi,ajk multimedia,akauntan,ajk operasi dan jurulatih bina badan
- Tetapi kami tidak mempunyai sumber manusia promosi.
-PENGAMBILAN CALON PEKERJA
- Syarikat kami kekurangan sumber manusia iaitu juru promosi,jadi kami akan mengambil pekerja yang mahir dalam bidang promosi produk dan barang keluaran kami.
- Kami menggunakan kaedah pengambilan luaran kerana pekerja dalaman kami tidak cukup.
- Iaitu melalui iklan,agensi kerajaan,merekrut melalui sekolah,kolej komuniti,atau acara tertentu seperti internet.
-PEMILIHAN STAF
Individu yang ingin memohon kerja dengan syarikat kami hendaklah akur dengan peraturan dan polisi yang telah ditetapkan oleh syarkat kami.
- Peraturan yang perlu dipatuhi adalah:
- berumur 20tahun ke atas
- mempunyai pengalaman bekerja
- kreatif,inovatif dan berdaya saing
- mempunyai rekod kerja yang baik
- mahir dalam bidang promosi
-ORIENTASI
- Individu yang masih dalam proses pemilihan akan diberikan dedahan mengenai hal ehwal pekerjaan dan cara yang betul untuk bekerja agar mereka boleh sesuaikan diri dengan persekitaran organisasi oleh pengurus atasan.
- Mereka juga harus mengetahui tanggungjawab mereka sebagai pekerja,skop pekerjaan berdasarkan jawatan yang dipegang ataupun secara persendirian.
- Program orientasi akan dikendalikan oleh penolong pengurus dalam masa seminggu.
-LATIHAN & PEMBANGUNAN STAF
- Pekerja akan diberi latihan semasa bekerja pada masa yang sama pengurus akan mengajar mereka cara untuk menerajui syarikat brotherhoodgym ini.
- Kami akan gunakan kaedah seperti kaunselinh,projek atau tunjuk ajar.
- Selain itu, pekerja lama pula akan diberikan latihan di luar masa kerja bagi melatih kemahiran mereka untuk promosi dengan lebih cekap dalam usaha pembangunan staf.
- Antara kaedah latihan yang boleh dilakukan adalah melalui kursus,bengkel,seminar atau simposium.
-PENILAIAN PRESTASI
- Pengurus diberi tanggungjawab untuk memantau cara dan prestasi setiap pekerja dalam organisasi ini.
- Jika ada masalah antara pekerja dengan cara mereka bekerja hendaklah pengurus memberi teguran atau nasihat bagi mengatasi masalah tersebut.
- Selain itu,pekerja yang banyak memberi dorongan,komitmen dan keuntungan kepada syarikat juga akan diberikan ganjaran atau bonus atas budi bicara pihak pengurus.
-PERTUKARAN & PEMISAHAN
Syarikat kami tidak mempunyai cawangan lain ,oleh itu proses pertukaran dan pemisahan tidak akan dijalankan.
No comments:
Post a Comment